Thursday, January 19, 2012

Kehadiran orang baru

Alhamdulillah, saya selamat melahirkan Muhammad Hazim bin Mohd Faudzi pada 13 Januari 2012, jam 12.43 pagi hari Jumaat dengan berat 3.4kg. Bagai tak percaya saya melalui fasa yang baru dalam hidup saya sebagai wanita yang dapat melahirkan zuriat. Syukur tak terhingga Allah memberi saya kelebihan ini. Hazim keluar dengan paras rupa yang elok. Matanya yang cantik memandang saya tatkala saya kehabisan tenaga melahirkannya membuatkan rasa sakit saya terus hilang. Terus saya jatuh cinta padanya.

Saya menahan contraction selama 12 jam. Sakitnya bukan kepalang. Mujur Faudzi dan mama saya berada di sisi saya setiap masa hingga saat saya melahirkan. Di kala itu, saya tahu saya tidak boleh bersendirian. Jiwa dan semangat saya sangat lemah. Hati meronta mahu lihat wajah Hazim yang selama ini 9 bulan menemani saya di dalam perut. Tapi saya tak tahan menahan kesakitan.


11 Januari, hari yang sepatutnya Hazim dilahirkan ikut jangkaan doktor tapi saya tidak merasa sakit langsung. Mujurlah malam itu jam 9 malam air ketuban saya leaking, tapi sedikit demi sedikit. Faudzi membawa saya ke hospital. Semasa saya diperiksa dan doktor memasukkan alat bernama 'speculum', barulah air ketuban saya keluar dengan agak banyak dan sedikit darah. Bukaan serviks saya baru 1cm. Saya tahu saya pasti akan ditahan malam itu juga! Tapi saya belum sakit lagi. Bagaimana la rasa sakit itu agaknya.. Kata doktor, saya perlu tunggu gesa hingga pukul 9 pagi esoknya untuk menunggu gesa. Jika tidak sakit juga, saya kena induce.

Sudah pukul 9 pagi, saya belum merasa gesa bersalin. Terus saya ditolak ke labor room. Jam 11 pagi saya dimasukkan ubat induce sebanyak 1 tablet. Jam 12.30 tengahari saya dah mula merasai contraction setiap 10 minit. Doktor kata bukaan saya baru 2cm. Saya menahan sakit tp baru 2cm sahaja. Seksanya..

Jam 5 petang, saya kena induce lagi dan dimasukkan setengah tablet sahaja. 5.30 petang, contraction saya makin kerap menjadi 5 minit sekali. Ya Allah, seksanya saya menahan kesakitan..! Sakit..!!!! Saya menahan kesakitan itu hingga pukul 11 malam, baru lah bukaan saya semakin besar dan bersedia untuk melahirkan Hazim. Faudzi memandang saya dengan wajah yang simpati. Masa itu saya sedar bukan senang mahu mendapatkan ganjaran pahala daripada Allah. Moga terhapus dosa-dosa saya.


Saya melahirkan Hazim secara normal cuma memerlukan bantuan vacuum. Hazim keluar dan doktor terus meletakkan di atas badan saya. Tapi Hazim tidak menangis. Doktor pakar kanak-kanak sudah bersedia di luar kamar bersalin saya. Leganya hati saya 5 minit kemudian tangisan Hazim kedengaran di luar kamar. Setelah dibersihkan, Hazim diazankan oleh Faudzi dan kemudian dibawa mendekati saya. Saya sempat mencium dan mengusap rambutnya sebelum dia dibawa ke Special Care Nursery (SCN).


Disebabkan air ketuban saya pecah lebih daripada 24 jam, paru-paru Hazim dijangkiti kuman. Dia perlukan bantuan pernafasan. Pilunya hati saya sebagai mama bila lihat Hazim dimasukkan ke dalam incubator dan dipenuhi wayar mencucuk. Sakitnya dia.. Kemudian dijangkiti jaundis pula, tapi tak lama. Sesungguhnya Allah sangat hebat, menjadikan womb saya itu sebagai pelindung sepanjang dia didalam perut saya. Bila sudah tiada, mudah sungguh anak ini dijangkiti walaupun kita manusia yang lemah ini dah berikan ubat dari luar supaya tidak dijangkiti. Apabila Hazim sudah tidak memerlukan bantuan pernafasan, leganya hati saya Allah saja yang tahu.


Setiap malam saya menangis kerana Hazim tiada di sisi saya, tak lena mata saya dibuatnya. Saya berdoa dengan penuh mengharap dan ikhlas meminta pada Allah, tolong sihatkan anak saya kerana saya sangat rindukan dia. Di SCN, saya sentiasa berbisik di telinga Hazim mengatakan saya sangat sayangkan dia dan mahu dia kuat semangat. Berkat doa itu, Hazim cepat 'recover'.. Saya sendiri terperanjat. Mungkinkah ayat "Kuat semangat sayang, kuat semangat ye anak mama dan ayah" yang saya bisikkan padanya membantu? Saya cuma buat atas rasa instinct saya sebagai ibu. Semasa mengandung lagi saya selalu usap perut dan mengatakan Hazim perlu kuat semangat.

Hari ini, esok dan sehingga akhir hayat saya dan Faudzi, bermulalah tanggungjawab baru lagi dalam hidup kami. Memberikan yang terbaik buat Muhammad Hazim dan menjadikan dia lelaki yang beriman, bertakwa dan bertanggungjawab, sesuai dengan makna namanya iaitu Cerdik, Bijak, Cermat dan Tegas. Moga Allah permudahkan.


Sunday, January 1, 2012

Hari Jadi Ayah

Hari ini hari jadi Faudzi yang ke 42 tahun
Dinda dan anak-anak mendoakan kebahagiaan Kanda
Happy Birthday..!
Dinda loves Kanda..

Friday, December 23, 2011

Tidak sabar menunggu kelahiran orang baru

Tidak lama lagi akan kedengaran tangisan baby dalam hidup kami.
Usia kandungan saya sudah menghampiri 38 minggu.
Organ si kecik sudah matang.
Tendangannya juga makin kuat.
Kekadang saya tidak selesa dan tidur kerap tidak lena.
Saya semakin cepat letih.
Kedudukan si kecik sudah stabil.
Bila datang aktifnya, bergerak-gerak perut saya.
Sahabat, Shikin kata perut saya bulat macam saya masukkan bola keranjang dalam baju saya.. haha..
Saya semakin berdebar menanti.
Tidak putus-putus berdoa minta dipermudahkan segala urusan.
Kerap juga saya memujuk si kecik supaya kuat dan bersemangat untuk lahir ke dunia
dan juga mendoakan saya selamat dan kuat untuk melahirkannya.

Tahniah anak-anak...

Hari ini result PMR keluar.
Nina tak tentu arah ke hulu ke hilir sepanjang minggu nih
Serba tak kena.
Akhirnya result PMRnya terjawab juga
Anyway kakak, mama & ayah ucapkan tahniah dengan kejayaan kakak mendapat 8A..
Mama & ayah juga ucapkan tahniah pada Ojan sebab dapat nombor 1 dalam kelas masa peperiksaan akhir tahun baru-baru ini..
Alhamdulillah..
Allah kurniakan rezeki satu persatu..
Terima Kasih Allah..

Monday, December 19, 2011

Tahniah Masliza..

Akhirnya setelah bertahun-tahun saya menanti,
saya akhirnya mendapat tawaran mengikuti Latihan Perguruan untuk Guru-Guru GSTT ambilan Disember 2011.
Nama saya terpilih antara 13,184 guru GSTT seluruh Malaysia.
Bayangkan betapa hebatnya persaingan saya.
Betapa kerdilnya saya berbekalkan pengalaman yang tidak seberapa jika dibandingkan dengan yang lain.
Mungkin inilah rezeki anak-anak yang saya tumpang..
Alhamdulillah..

Friday, December 9, 2011

Happy Birthday Kakak..

Hari ini hari jadi Nina yang ke 15 tahun..
Semoga happy selalu dan tercapai hajat..
Happy Birthday Kakak...

Saturday, November 26, 2011

Happy Birthday Mama..

Hari ini hari jadi saya yang ke 29 tahun
Anak-anak kata akhirnya mama dia mengaku juga dah 'tua' hehe..
Semoga Allah merahmati hidup saya sekeluarga
dan memberkati segala rezeki yang dilimpahi-Nya
Insya Allah..

Tuesday, November 22, 2011

Happy Birthday Ojan..

Hari ini hari jadi Ojan yang ke 11 tahun..
Dah besar dan semakin membesar.. huhu..
Happy Birthday..!

Tuesday, November 8, 2011

Hari Raya Aidiladha 2011

Awal pagi kami ke masjid bagi menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Rembia.
Kemudian bersiap-siap ke rumah mak dan ayah Faudzi.
Dan akhirnya ke mana kami kemudiannya???
Burger King.. makan daging korban di sana pula.. 
Salam Aidiladha buat semua...



Tuesday, October 18, 2011

Takziah buat sahabat

Takziah buat sahabat, Cik Norashikin Hadi atas pemergian ayahanda tercinta kerana penyakit kanser yang dihidapi. 
Saya dan Faudzi sempat mengunjunginya bersama teman sekerja yang lain sejurus balik dari tempat kerja. Moga tabah menghadapinya.

Sunday, October 9, 2011

Pilihan nama-nama yang baik dan cantik

Bagi pendapat Faudzi, biar la nama anak nama itu maksudnya yang tidak berat untuk dipikul kerana panggilan nama ini  ibarat doa yang harus anak itu bawa kelak. Nama-nama indah yang membawa maksud cerdik, pintar, cahaya, menjadi antara pilihan kami. Memandangkan belum scan dan tidak diketahui jantina anak ini, kami perlu merancang nama lelaki dan perempuan. Antara beberapa nama yang menarik perhatian saya:

Auzaie Rusydi (Nama ulama/kecerdikanku)
Auzaie merupakan nama imam mujtahid mutlak. Ia merupakan seorang ulama yang mampu memahami, mentafsir dan mengeluarkan terus hukum-hakam dari al-Quran dan Hadis. Hanya anak yang cerdik dan pintar otaknya sahaja yang mampu mendalami ilmu-ilmu al-Quran.

Amirul Haziq (Ketua/cerdik, pandai )
Dunia memerlukan anak-anak yang mempunyai kecerdikan akal yang tinggi, supaya dapat memimpin orang lain ke arah kebenaran. Sifat ini perlu ada kepada seseorang anak yang bakal menjadi pemimpin untuk menggantikan generasi yang akan pergi.

Bazli Hadif (Kepakaranku/yang punya matlamat)
Pada abad ke-21 ini, kita memang mengharapkan pakar-pakar yang berkualiti tinggi untuk membangunkan negara. Seorang yang menjadi pakar dalam sesuatu bidang pasti akan mencapai kejayaan. Seorang yang pakar sangat arif dan punya matlamat untuk membina masa depannya sendiri.

Danish Danial (Berpengetahuan/bijak/nama nabi)
Anak menjadi seorang yang luas ilmu pengetahuannya dan bijak dalam menangani segala ujian hidup yang penuh dengan liku-liku ini. Danial merupakan nama salah seorang nabi yang pastinya mempunyai akhlak-akhlak yang terpuji dalam dirinya.

Haziq Hawwas (Cerdik/Yang bersemangat)
Anak yang dilahirkan memang sedia cerdik. Ini memudahkan lagi kedua ibu bapa untuk mendidiknya ke arah yang lebih cemerlang dan terbaik. Semangat dalam mengejar kejayaan sentiasa berkobar-kobar dalam diri yang begini.

Imran Ihtisyam (Kehebatan, budi bahasa)
Kehebatan budi bahasa, nampaknya semakin berkurangan di kalangan anak-anak dewasa kini. Nama ini sesuai dipilih, untuk memantapkan budi bahasa yang tinggi di kalangan anak-anak. Sejuk mata ibu bapa yang memandang anak yang menjaga budi bahasanya di hadapan kedua orang tua.

Nabil Najmi (Yang cerdik/bintangku)
Memiliki anak yang cerdik seumpama memiliki sebutir bintang yang bergemerlapan di malam hari. Anak yang cerdik akan memperolehi ilmu-ilmu yang bermanfaat untuk digunakan dalam mencapai kejayaan dan kecemerlangan hidup.

Naim Zuhair (Kesenangan/cemerlang)
Anak yang memiliki nama ini diharapkan menjadi orang yang berada dalam kesenangan dengan apa-apa jua bidang yang diceburinya. Bukan sahaja kesenangan diri yang diharapkan malah diiringi dengan kecemerlangan dalam apa-apa jua bidang yang diusahakan.

Zharfan (Cerdik, pintar, cantik rupanya)
Nama yang mudah tetapi jarang didengar. Namun menampilkan situasi dua dalam satu. Ianya memberikan gambaran seorang anak lelaki yang cerdik. Di samping itu memiliki rupa paras yang cantik. Satu nama yang cukup baik untuk membentuk seorang anak yang berwibawa.

Zawir Zakwan (Ketua,yang cerdik, yang harum)
Semoga anak menjadi seorang ketua dan pemimpin yang cerdik untuk mengharumkan nama ibu bapanya pula.

Aisyah Aqilah / Aisyah Afiqah (Hidup bahagia/ Cerdas, pandai / Sangat berpengetahuan)
Ibu bapa pastinya mengharapkan anak-anak hidup bahagia. Doa yang berpanjangan sentiasa dipanjatkan demi kebahagiaan anak. Pastinya ibu bapa boleh bergembira bila anak-anak kembarnya cerdas dan sangat berpengetahuan. Merekalah yang diharapkan untuk meneruskan perjuangan generasi akan datang. Generasi yang bukan sahaja memiliki ilmu pengetahuan yang luas, malahan tinggi pula budi pekertinya

Dayana Batrisya (Gagah perkasa/cerdik/pintar)
Seorang yang memiliki nama ini akan menjadi terkenal, berjaya dalam apa bidang yang diceburinya. Hatinya cekal dan gagah dalam membina dan mengejar kecemerlangan hidup di dunia dan akhirat. Sifat-sifat baik yang dimilikinya, memudahkan ia membina karisma diri.

Fatin Khadijah (Bijaksana)
Seorang wanita yang terkenal dengan kepintarannya dalam perniagaan. Kaya raya dan berharta, tetapi tidak ada sifat sombong dan angkuh pada dirinya. Wanita yang sangat setia kepada suami. Dia seorang yang mempunyai daya tarikan yang kuat dan seorang yang berpengaruh

Hana Humaira (Rezeki tanpa kepayahan/yang berpipi merah)
Memang ada anak-anak yang rezekinya sentiasa cerah. Selalunya anak yang begini orang kata nasibnya untung dan baik. Ada-ada sahaja yang menyebabkan rezekinya sentiasa ada dan berpanjangan. Anak yang begini hidupnya selalu dipenuhi dengan keriangan dan kekayaan.

Hana Khalilah (Rezeki tanpa kepayahan/kesayangan)
Anak merupakan rezeki yang dikurniakan oleh Allah kepada ibu bapa. Didiklah anak dengan penuh rasa tanggungjawab dan kasih sayang. Hidup yang penuh dengan kasih sayang akan memudahkan anak membina kehidupan yang lebih bahagia dan cemerlang pada masa depannya.

Irdina Ilmuna (Kehormatan kami/pengetahuan kami)
Semoga anak dididik untuk mengejar ilmu pengetahuan yang tinggi. Sebarang kejayaan yang hendak dicapai, ia memerlukan ilmu pengetahuan, apa lagi dalam menghadapi zaman yang serba mencabar ini. Orang yang berilmu pengetahuan, apa lagi kalau berakhlak, dia akan dihormati oleh orang lain.

Masturina (Yang bijak)
Satu nama yang cukup cantik untuk diberikan kepada anak perempuan. Anak akan hidup secara aktif dan lincah. Ada-ada sahaja pekerjaan yang hendak dilakukan. Sifat kerajinan yang ada pada dirinya, menyebabkan dia mudah untuk menjadi seorang yang berjaya dan berdikari dalam hidupnya

Nisrina Nabihah (Bunga mawar putih/ cerdik, mulia)
Satu gabungan nama yang cukup cantik dan sempurna. Seorang anak perempuan bukanlah hanya diharap pada kecantikannya sahaja, tetapi juga pada akal yang dimilikinya. Bunga mawar putih juga melambangkan kesucian seorang gadis yang sentiasa menjaga maruah diri. Prinsipnya tidak layu sebelum tiba masa dipetik, tersemat kukuh di dalam dirinya.

Set Lengkap Kehamilan dan Berpantang

Saya makan Set Lengkap Salindah atas recommendation kawan sekerja, Nurfene yg kini mengandung anak keduanya. Harga pasaran RM370. Tapi guna kad ahli Era Edar Marketing kepunyaan Fene, saya dapat harga membership dengan harga RM300 sahaja. Buat masa ni saya dapat rasakan perbezaannya. Si kecik dalam perut nih agak aktif. Saya dah mula rasa pergerakannya yang agak kuat. Saya cuma harapkan yang terbaik untuk kesihatan saya dan si kecik ni. Bagi saya agak berbaloi membelinya sebab ada set semasa hamil dan dan dalam pantang sekali. Kalau tengok produk/jamu lain kebanyakannya hanya set produk semasa berpantang sahaja. Harga pun RM300++.

Saturday, October 8, 2011

It's about Time To Make PLANS

Sudah tiba masanya saya dan Faudzi merancang apa yang terbaik untuk keluarga kami memandangkan perkara 'ghaib' ini hanya Allah sahaja yang tahu tapi perancangan perlu ada juga daripada kita sebagai hamba-Nya yang lemah ini.

Perancangan untuk si sulung, dearest Nina, untuk apply SBP, MRSM atau Sekolah Teknik untuk tahun hadapan. Segala borang telah di'download' dari Internet. Mana yang perlu isi borang online telah pun dilaksanakan. Sekarang menunggu result PMR sahaja. Apa pun tahniah buat Nina kerana berjaya dan dengan pencapaian cemerlang mendapat kedudukan yang pertama dalam kelas untuk Peperiksaan Percubaan PMR tempoh hari.

Perancangan untuk Ojan, persediaan untuk UPSR tahun hadapan. Apply MRSM dalam perancangan juga. Tengok la yg mana terbaik untuk Ojan.

Perancangan untuk Baby pula agak panjang ceritanya memandangkan saya hampir mencecah 7 bulan kandungan. Bila-bila masa sahaja dia boleh keluar kalau dia dah tak sabar nak melihat dunia. Barangan baby yang simple untuk di bawa ke hospital telah mula dibeli sedikit-sedikit. Faudzi berkesempatan merancang barang keperluan yang perlu ada. Antaranya:

Untuk Baby:
Baju (seluar pendek dan panjang)
Mitten and bootie
Diapers
Napkin
Kain Bedung
Selimut (yang siap tutup kepala)
Tuala mandi
Tuala Kecil
Bakul pakaian/storage box
Sapu tangan
Tikar Getah
Beg
Barut
Set Mandian dan bakul alatan mandian
Basin Mandian
Putik Kapas
Drapolin
Baby Oil
Bakul alatan mandian
Set comforter
Bantal, bolster dan sarung bantal
Minyak panas
Tisu lembap
Pemotong kuku
Sikat (itu pun kalau ada rambut...hehe)
Kelambu
Baby Coat

Untuk mama:
Baju butang depan
Kain Batik
Tuala Mandi
Disposable panties
Toiletries
Baju sejuk
Bedak
Maternity Pad
Breast Pad
Maternity Bra
Breast Pump
Stokin
Sapu Tangan
Selipar
Bengkung
Sikat
Bedak
Lotion
Susu/Milo/Roti/Kurma/Air Zamzam/Madu
Set Lengkap Selepas Bersalin
Tilam
Bantal & Bolster
Sarung Tilam/Bantal
Chinese Paper

Monday, October 3, 2011

Anak-anak menghadapi peperiksaan

Tahun ni peperiksaan besar buat Nina dan Ojan.
Nina menghadapi PMR dan Ojan pula exam UPKK
Doa Mama dan Ayah agar Nina dan Ojan berjaya dalam peperiksaan dan mencapai cita-cita yang diidamkan.
Selamat Menghadapi Peperiksaan..!

p/s: Risau juga mama n ayah tgk asyik hadap buku dan kertas soalan latihan.

Saturday, October 1, 2011

Tahniah Faudzi..

Wow.. Faudzi dapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2010..
Tahniah ayah..

Sunday, September 4, 2011

Si kecik dah mula membesar

I am in 2nd trimester of pregnancy. .! Alahan dah mula kurang. Patut la org kata best moment is during 2nd trimester. Saya dah mula terasa pergerakan, side kick dan 'martial arts' dia. Adoi.. Usia kandungan saya sudah berusia 5 bulan lebih. Saya mula perasan perut saya dah mula membesar dengan cepat. Ada 4 bulan lagi nak hadap. Baju dah kena tukar yang besar-besar. Badan mula cepat letih. Cepat mengah. Nak solat pun kekedang solat duduk jer. Yang seronoknya, saya dah mula seronok makan..! nyum nyum. Ada yang dah tegur pipi dah tembam. Alahai.. jap jer tuh... hehe.. menyedapkan hati jer. Lately pantang nampak bantal. Mesti nak landing. Walaupun rumah mertua! Oops.. Nak buat cemana mata dah ngantuk.. mana leh tahan-tahan.

Hari Raya Aidilfitri 2011

 

Bersama mak dan ayah Faudzi
Bersama mama saya

Thursday, June 9, 2011

Tangisan Bayi Doa Buat Ibu Bapanya

Rasulullah s.a.w bersabda:

"Janganlah kamu pukul anak-anak kamu disebabkan mereka menangis, sebab pada umur 4 bulan pertama dari lahirnya dia bersyahadah, pada 4 bulan kedua dia berselawat atasku dan pada 4 bulan kemudiannya dia mendoakan kedua ibubapanya."

(Riwayat Abdullah Ibnu Umar)

Thursday, May 19, 2011

Hampir Give Up

Dah seminggu lebih stranded kat umah mama saya. Dah rest cukup-cukup tapi masih blood stain ada lagi. Tak la pula buat kerja yang berat sangat pun. Saya tak boleh drive apatah lagi travel. saya tak boleh berdiri lama. Saya akan terasa sakit. Saya mual-mual. Tak ada istilah morning sickness je bagi saya tapi all the time-sickness. Aduh tolong la. Apa lagi daya yang perlu saya buat. Kali ni dah tak peduli. Straight away sms suami bitau dia saya nak jumpa doc pakar wanita, di Klinik Pakar Wanita Liu dan Vincent di Ayer Keroh. Saya dah tak boleh tunggu next consultation early Jun nanti. Apa lagi kalau asyik staining je. Tertekan saya dibuatnya. Macam-macam difikirkan.

Bila sampai di klinik, sementara suami mencari parking yang sangat la susah nak carik kat area Kings Hotel tu, saya ditemani Nina untuk pendaftaran. Aduhai, kecewa pula dengan statement pembantu klinik tu.
"Puan, giliran puan nombor 45. Ada 19 orang lagi giliran sebelum puan."
"Agak-agak berapa lama saya kena tunggu? At least saya boleh pergi mana-mana dulu," aku bertanya sambil tersenyum.
"Dalam 2 jam. Nanti pukul 5 lebih puan datang balik pun ok juga. Tak penat sangat menunggu."
"Wow, lamanya. Ok, no prob. Nanti saya datang balik."
Nina pun terkebil-kebil memandang saya.
"Mama, kita nak pergi mana?"
"Mama pun tak tahu. Tanya ayah. Tapi rasanya baik kita balik rumah dulu and fetch Ojan."

Consultation saya nanti dengan Dr Vincent. Nak menunggu 2 jam tu agak menekan jiwa saya. Kalau boleh lagi cepat lagi baik. Tak sabar nak tau apa masalah sebenarnya.
Bila Nina suggest mcm-mcm makanan, saya hanya menggeleng. Langsung tak boleh masuk tekak. Di tangan saya ke hulu ke hilir bawa minyak angin. Tambahan lak bila naik kereta, lagi la cepat mual. Padahal jalan tak la bengkang-bengkok sangat pun.

Almost 2 hours then, suddenly dapat call daripada pembantu Dr Vincent beritahu tentang appoinment saya. Saya pun dah nak sampai klinik masa tu. Nina dan Ojan stay kat rumah siapkan homework. Sementara menunggu giliran consultation bersama suami, sempat pula suami check berat badannya.
"Naik ke turun?" tanya ku.
"Macam naik je.." katanya. haha.. Ketawa saya..

Bila nama saya dipanggil, first time saya tengok muka Dr Vincent. Saya ingatkan melayu. Fasih. Saya menyatakan masalah staining saya tu. Dr Vincent kata dia akan bagi ubat kuatkan rahim. Teringat pula Linda pernah beritahu nama ubat tu. Duphaston. Yup, exactly itu ubat yg sama. Stock untuk 5 hari je. Dr Vincent ada ingatkans saya untuk teruskan makan Folic Acid. Bila buat ultrasound, nampak kantung dan small foetus dalam kantung tu. So far after scan Dr Vincent kata ok. Kantung nampak cantik. Tak leper. Tanda hitam-hitam bintik-bintik dalam kantung tu adalah air ketumban yg beri makan pada foetus. Itu pun after dia zoom-out. Kalau tak saya pun tak nampak sangat. Ikut calculation, saya dah 6 minggu lebih dan due lebih kurang 11 Jan 2012.
Kata suami, "Dah, tak yah risau-risau. Takyah fikir yang bukan-bukan. Jaga baik-baik."
Baru la lega hati saya.  Nekad saya, saya tak akan give up lagi. Ini zuriat saya dan saya akan laksanakan apa yang patut untuknya agar dia sihat hingga dia keluar memandang dunia. Saya tak sabar menunggu saat indah itu.

~~ masliza  ~~

Tuesday, May 17, 2011

Tersentuh hati saya

Hari ini keluarga kami breakfast di rumah mama saya.
Hari ini semua orang cuti sempena Wesak Day.
Ojan dan Nina dijamu macam-macam oleh neneknya.
Saya memaksa diri menelan apa sahaja yang dihidangkan padahal tekak sangat la mual
Tiba-tiba Ojan memulakan bicara yang menyentuh hati saya.
"Ojan tak sabar nak tunggu baby keluar. Nak cepat-cepat cium dia.."
Jauh di sudut hati, saya juga tidak sabar menunggu awal Januari tahun 2012.
Ahli baru ini akan berkongsi hari lahir dengan ayahnya..
Moga kehamilan ini dipermudahkan dan dilindungi Allah..

Catatan,
Masliza